Jumaat, 24 Mac 2017

KALI PERTAMA GUNA PayPal

Kali pertama buat bayaran menggunakan PayPal,ingatkan susah rupanya senang je. Yang pasti pihak penerima bayaran perlu ada Akaun PayPal, Alamat eMail & Nombor telefon.

Buka akaun Paypal...sesudah itu isi apa yang patut dalam tu...kat dalam tu kita boleh top up duit utk simpan buat bayaran apa2 nanti atau pun daftar kad kredit@debit, nak guna direct dengan kad pun boleh.

Kali pertama saya buat bayaran guna transfer melalui email je...masukkan email si penerima...submit...jumlah bayaran...nota & isi apa yang patut...submit...dalam beberapa minit terima email...bayaran telah berjaya.....maklumkan pihak penerima...bg je Transaction ID untuk rujukan penerima...DONE

Cara Nak daftar senang je...yang penting Daftar FREE...... Sing Up : http://bit.ly/2ncBz5P

Rujukkan saya adalah seperti di bawah:-

Written by Rebecca Shamasundari

PayPal

PayPal lebih kerap digunakan untuk membuat pembayaran transaksi apabila membuat pembelian dengan penjual dari luar negara. Ia mungkin cara yang paling mudah dan selamat untuk membuat pembayaran ke luar negara untuk pembelian anda. Anda boleh membuat pembayaran kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Anda hanya memerlukan alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih penerima.

Untuk menerima pembayaran tersebut, penerima harus juga mempunyai akaun PayPal. Jika mereka tidak mempunyai akaun PayPal, mereka boleh mendaftar untuk membuka akaun – dan ini adalah percuma sepenuhnya.

Transaksi melalui PayPal terdiri daripada 3 langkah mudah:

Langkah 1

Log masuk ke dalam akaun PayPal anda dan masukkan alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih penerima.

Langkah 2

Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.

Langkah 3

Hampir serta-merta, penerima akan menerima makluman daripada PayPal tentang pemindahan wang tersebut. Dengan menggunakan akaun PayPal anda, anda boleh mengesan status transaksi tersebut.

Penerima juga boleh memilih sama ada untuk menyimpan duit yang diterima di dalam akaun PayPal mereka atau memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank, kad kredit atau memohon pengeluaran cek oleh PayPal.

PayPal membolehkan anda menggabungkan kesemua pembayaran luar negara (dan juga tempatan) anda di bawah satu akaun, untuk membolehkan anda menguruskan pembayaran-pembayaran anda dengan lebih baik. Untuk memudahkannya lagi, anda boleh juga memautkan kad kredit atau kad debit anda dengan akaun PayPal anda.

Jika anda membeli daripada seorang penjual, pembayaran yang anda lakukan melalui PayPal tidak akan dikenakan caj transaksi, tetapi penerima (iaitu penjual) akan dikenakan caj yang kecil untuk setiap penjualan yang dilakukan. Anda hanya perlu menanggung caj yang kecil bagi pertukaran matawang jika pembelian dilakukan dengan penjual luar negara.

Penghantaran wang melalui PayPal merupakan salah satu daripada pilihan yang paling selamat, kerana setiap transaksi dilindungi dengan penyulitan yang canggih dan pengawasan penipuan 24-jam.

Di samping itu, sekiranya barangan atau perkhidmatan yang anda beli tidak sampai ke tangan anda atau tidak menepati gambaran yang diberikan oleh penjual, PayPal akan membayar balik wang anda sepenuhnya termasuk kos penghantaran. PayPal berurusan dalam 26 matawang yang berbeza.



Tiada ulasan:

KEBAIKKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

➤ MINYAK IKAN BERPEKATAN TINGGI OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya dite...